Monday 22 October 2012

SECEBIS TINTA BUAT RENUNGAN







"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Thursday 18 October 2012


LAGI BERITA GEMBIRA!!


Maklumat Permohonan Kemasukan Ke kolej vokasional dan sekolah menengah teknik 2013


CARA MEMOHON
Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:
  i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;
ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)
KEMUDAHAN ASRAMA
Kemudahan asrama disediakan di semua  SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.
SYARAT MEMOHON
1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.
2. Kesihatan
    i. Sihat tubuh badan
  ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.
3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.
Maklumat lanjut klik sini

PELAJAR TINGKATAN 3 YANG BERMINAT BOLEH LAYARI: 
http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 DISEMBER 2012

GOOD NEWS!!!


Permohonan Kemasukan Pelajar Tingkatan 4 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2013



Syarat Pemilihan T4
  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan.
  • Memperoleh keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dengan pencapaian minimum seperti berikut 
  •  Memperoleh Gred A sekurang-kurangnya bagi enam (6) mata   pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa   Antarabangsa/ Bahasa Ketig
  • Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
  • Memperoleh  sekurang-kurangnya Gred B mata pelajaran  lain
  • Untuk ke tingkatan empat (4) Aliran Sains Tulen Agama dan   Aliran Agama, calon mesti memperoleh Gred A bagi mata   pelajaran Pendidikan Islam, dan sekurang-kurangnya Gred   B  bagi mata pelajaran Bahasa Arab


Keputusan Pemilihan dan Penempatan
  • Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke SBP selewat-lewatnya 25 hari selepas keputusan UPSR/PMR diumumkan
  • Semakan keputusan tersebut boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
  • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my
  • Kaunter BPSBPSK
  • Talian hotline BPSBPSK
  • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran



PELAJAR TINGKATAN 3 YANG BERMINAT BOLEH LAYARI 
LAMAN SESAWANG :


TARIKH PERMOHONAN : 15 SEPTEMBER-31 OKTOBER 2012

cepat-cepat sebelum terlambat!!!

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan
temui Guru Bimbingan dan Kaunseling anda! 





Wednesday 10 October 2012


Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon PMR khususnya bagi pelajar SMK Permas Jaya. Semoga segala penat lelah dan usaha yang ditaburkan akan membawa kejayaan.



Hadapi dengan Seyuman... :-)

Monday 8 October 2012

Welcome to New Blog UBK SMKPJ

 Welcome to Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling SMKPJ  
on the Dot from Kursus Pembinaan Blog UBK 
Daerah Pasing Gudang






Ruangan Konsultasi



Bilik Kaunseling Kelompok dan Individu



Sistem Fail


Meja Pengurusan